CiKgU WaNiE
  • Tak Kenal Maka Tak CInta
  • Refleksi saya
  • Tugasan Saya
  • PENDIDIKAN
  • AKTIVITI

Special education

PENDIDIKAN SENI VISUAL

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3


1) Menggambarkan.

Hasil Pembelajaran   -
Meneroka beberapa teknik yang
                                               berbeza dalam melukis dan
membuat gambar.

Aras 1
i. Menggambar dengan
menggunakan pelbagai
bahan dan teknik melalui
penerokaan.

Aras 2
i. Memilih dan menggunakan
alat, bahan, dan teknik
yang sesuai dalam
penghasilan gambar.

Aras 3
i. Menghasilkan gambar
dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan dan
teknik secara kreatif
melalui penerokaan.
ii. Membuat pernyataan
tentang hasil kerja sendiri
dan rakan.

contoh lukisan dengan pelbagai perspektif warna

Perspektif Warna Bagi menghidupkan lagi sesebuah karya, pengetahuan dalam gubahan perspektif warna amatlah penting kerana dengan penggunaan campuran warna yang betul dapat menampakkan kadar kedalaman sesebuah ruang samada ruang cetek atau dalam. Selain daripada saiz objek yang dilukis semakin kecil ke belakang.

bangunan dan manusia yang semakin jauh selain daripada dilukis dengan saiz yang lebih kecil,  diwarnakan juga dengan warna yang semakin pudar bagi menampakkan kesan ruang
bangunan dan pokok yang semakin jauh diwarnakan dengan warna  yang semakin pudar ke belakang
1. Perubahan ton warna sama ada daripada terang kepada gelap atau sebaliknya iaitu daripada gelap kepada terang dapat menampakkan kedalaman sesebuah ruang


2. Semakin jauh kedalaman sesuatu ruang, semakin pudar warna objek-objek di dalamnya. Contoh yang biasa kita lihat iaitu bukit bukau di sekeliling kita. Warna bukit akan berubah daripada hijau kekuning-kuningan kepada hijau pudar kebiru-biruan.warna hijau kekuningan akan berubah menjadi semakin  pudar kebiru-biruan pada alam semulajadi 


3. Nilai ukuran kuasa warna atau warna kroma juga boleh menghasilkan perspektif warna

4. Perspektif warna lebih jelas dikesan apabila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna. warna sewarna merupakan gubahan satu warna dengan hitam dan putih, semakin jauh objek, warna  dicampur dengan putih, manakala semakin dekat, warna dicampur dengan hitam atau warna gelap..



































Powered by Create your own unique website with customizable templates.